Tips

Dah Pinjam , Pulangkanlah Balik !

Tuesday, December 29, 2015

 
*same colour as mine :3 *

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haiii korang ^^ Selamat petang :) Sunyi ja hampa semua hari ni ramai yang tak blogwalking pulak tu :3 Anis pun sama pagi tadi pergi kelas memandu , hah , belajaq sampai terluka + bengkak pulak sebab terkapit pintu kereta :( Apa la loqlaq sangat nih 

Hahh malas la nak cerita lebih lebih bukannya patah ka retak ka jari tu , kan ? Back to our topic, ni kes pinjam - meminjam ni . Mesti ja ada antara kawan kita yang jenisnya suka sangat pinjam barang orang . Korang ada kawan macam tu ? Atau korang yang macam tu , ha cepat-cepat beri penjelesan kat Anis hohhohoho okay okay tak ada lah , ikut suka la nak meminjam barang orang ka , tak nak ka , janji kalau kita pinjam , pandai - pandai la bagi balik . Kesian tuan punya barang tu , dia mesti rasa bersalah kalau tak bagi , tapi sakit hati pulak dia kalau orang yg meminjam tak pulangkan balik barang dia :(

Anis pun ada masalah yang sama kat sekolah , ada kawan nak pinjam macam-macam barang kita , nak kata takda, seruis rasa bersalah gila nak bohong , at last bagi la pinjam . Ada yang certain memahami dan bagus la pulangkan semula terus lepas dia guna , ada yang jenis pinjam kat seminggu baru nak mai bagi balik , katanya sebab lupa ==' 

Tapi kan sampai bila nak berdiam diri sakit hati sorang - sorang sebab marah kawan tak pulangkan barang dipinjam , jadi kita kena la cuba ingatkan dia supaya dia pulangkan barang dengan cara yang berhemah la :) 

  • Bagi sindiran halus bila kawan kita mula nak buat-buat lupa nak pulangkan balik barang kita . 

  • Buangkan jauh - jauh rasa malu , serba salah dalam hati tu then , pi minta balik barang-barang yang dia dah pinjam . 

  • Mintak bantuan kawan yang lain untuk inform kat dia supaya dia pulangkan balik barang kita tadi tu ye .  

  • Kalau lah , barang yang kawan nak pinjam tu memang barang kesayangan kita dan rasa berat hati gila nak bagi dia pinjam , so korang tak payah bagi pinjam barang tu tapi bagi la alasan yang munasabah supaya dia boleh terima kenapa kita tak nak bagi pinjam . 

  •  Pastu kalaulah ada barang yang kita bagi pinjam , tapi dia tak pulangkan lagi walaupun dah lama gila ada kat dia , apa kata korang pergi jumpa dia , cakap yang korang nak guna pulak barang tu , konfem nanti dia bagi balik :)

  • Tak pun kalau malu nak mintak supaya dia pulangkan balik barang , time nak bagi pinjam baran tu , korang sendiri set berapa lama dia boleh guna barang tu , contohnya suruh dia guna nanti lusa bagi balik ke ? macam tu la 
  •  
Kalau tak menjadi jugak , kena la guna cara ni ;

  • Pergi dekat dia , pastu cakap baik-baik punya kat dia mintak supaya dia pulangkan balik barang yang dipinjamnye tu . Tau ! Cakap baik-baik tak payah la korang nak pergi marah-marah macam orang gila pulak , 

Orite teman-teman , dah tahu kan nak buat apa untuk elakkan diri sendiri asyik jadi mangsa kena pinjam barang ja , tak pun selalu ja jadi mangsa sakit hati akibat kebaikan memberi pinjam barangan terhadap orang yang tak kurang bertanggungjawab dalam menjaga barangan bukan milik sendiri .

P/S : Lain kali , bagi peralatan sendiri cukup , so tak jadi la kes pinjam-meminjam ni lagi , yeeee :)

Beauty

It's NANO WHITE FRESH :3

Monday, December 28, 2015

 
 *Hi ^^ She is Sana from TWICE* 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kawan-kawan , cuba tengok jam sikit sekarang dah pukul berapa ? Pukul dua pagi lebih kan ? Mesti dalam hati *apa benda la dia nak update tengah-tengah pagi lagu ni ?* Haha, Anis tak boleh tidor , macam mana ni ? Jadi , sebagai ubat tidur nya adalah dengan meng-update blog ni je la yang mampu . Oh kay . Dengan tajuk yang tu , korang jangan ingat Anis tengah mamun ke apa ke , ni betul ni . Cekkk tak muhung aihhh *loghat kedah* by the way , I'm just born in Kedah but totally Penangite :)

Bila dah baca ni mesti pelik gila kan ? Haha memang tengah menaip ni dalam pukul dua pagi lebih , tapi Anis dah set kan untuk publish pada pagi ni , peace (Y)

Okay , sebelum itu , nak bagi penerangan pencerahan tentang produk yang Anis guna ni , siapa tahu NANO WHITE FRESH ? Sila depakan tangan dan angkat kaki kiri ke bawah (?) Haha , apa - apalah korang semua , Anis rasa semua mesti tahu kan ? Sebab sejak 2-3 hari ni , Anis bukak tv ja , mesti ada iklan ni :O Haaa , hampa semua tak tengok tv ke ? 

Ni bukan NANO WHITE FRESH ye , ni semua kenal rasanya , IPOD NANO ;3

Ok , jom mula ^^ mula-mula brand NANO WHITE FRESH dilancarkan pada bulan April lepas . Waktu tu , produk ni cuma terdiri daripada 3 benda ja pada mulanya , 

 
  • Foam cleanser
  • Mattifying Moisturiser 
  • Dark Spot Corrector 
 Antara bahan-bahan paling utama dalam setiap jenis yang atas ni ;
  • Vitamin C - to brightens dull & uneven skin tone , *jadi sesuai sgt la dengan org yg memiliki tona kulit yang tak sekata , pastu muka nampak kusam ja*
  • Sea Algae - hydrates & soften skin , *konfirm lepas ni muka licin ja*
  • Tea Tree Oil - bahan yang anti-bacteria, regulates sebum secretion , reduces pimples *maknanya dia akan prevent muka kita dari menghasilkan minyak yang terlampau banyak*
Tu lah antara bahan-bahannya , sekarang ni jom kita explore setiap satu jenis daripada NANO WHITE FRESH ni pulak ye anak-anak . Ehhh , actually nama kartun perempuan dekat botol tu namanya NINA ;D Dan untuk pengetahuan semua , Anis berani buat review ni sebab dah pakai produk sejak bulan Julai macam tu sebab ternampak packaging dia yang memang cute :)

1) FOAM CLEANSER
Ni merupakan pencuci muka . Suka hati korang la nak cuci muka nak guna skill yang macam mana , tapi penggunaan pencuci muka pun kena had kan tau ! takkan la kalau sehari mandi 3 kali , setiap kali mandi nak cuci muka , ye idok ? *tak tahu la korang punya time cuci muka bila* maaf , jangan bash saya >..< Kita tak boleh guna pencuci muka dengan terlampau kerap dalam masa sehari sebab nanti kulit kita akan produce lagi banyak minyak pulak , mula-mula objektif nak pakai pencuci muka sebab nak buang minyak , karang tak pasal semakin bertambah pulak jadinya , kan ? Antara kelebihan pencuci muka jenama ni , dia akan mencuci dan membersihkan korang punya liang pori yang tersumbat tu , and membanteras kulit muka korang yang terlampau berminyak *banteras dngar mcm polis dak ? hehehe* Pastu , pencuci muka ni jugak akan buatkan korang punya skin lebih cerah berseri gitu . Cara nak guna macam biasa la , basahkan sikit muka tu dulu , pastu picitkan sikit setakat mana yg korang nak guna , then , tonyoh la kat muka korang :) *bunyi cam kasar ja*

MY VIEW :
Serius best gial *sampai typo* gila ! Waktu cuci muka , then waktu bilaskan muka dengan air , rasa muka berangin sangat-sangat ^^ lepas lap je muka , rasa kulit lebih lembut aaaa cam tu ahhh . Dan paling penting nak tahu produk ni sesuai ke tak dengan Anis , Anis takkan rasa pedih lepas guna pencuci muka sesuatu produk tu :) Sesuai lah dengan nama brand , memang rasa FRESH lepas guna pencuci dia . Saya bagi 10 bintang :*

2) DARK SPOT CORRECTOR
This is the dark spot corrector ? Apa kegunaan dia ni ? Ok , dah nama pun corrector kan , jadi benda will help you dengan kurangkan minyak yang di produce , i mean minyak yang berlebihan dekat muka , pastukan bantu hilangkan bintik-bintik hitam , jerawat , pastu nanti bila dah lama-lama pakai, insyaAllah hilanglah benda-benda tu semua :) Tapi , lepas pakai corrector ni , korang kena guna lagi satu benda , iaitu moisturiser .Cara nak guna pulak macam ni , picitkan sikit gel tu kat atas tangan , dan sapu dekat mana-mana bintik atau parut jerawat yang suka melepak lagi walau setelah diahalau kat muka kita tu ye dan mesti digunakan sebelum memakai moisturiser kalau tak , benda ni tak akan berkesan , dan gunakan ia dua kali sehari , siang dan malam ye beauty :)

MY VIEW : Corrector ni dalam bentuk liquid warna macam kehijauan *hijau-hijau aje ye bukan muntah hijau orang euwww* pastu bau dia memang bau tea tree oil tu , bagi siapa yang tak suka , sila tutup hidung hahahaha :D tak ada la busuk pun , cuma Anis takut korang kureng setuju akan baunya yang tidak sewangi pencuci muka nya . bau tea tree , biasalah , organik bagus tau !!

3) MATTIFYING MOISTURISER
 
Inilah dia moisturiser yang Anis cakap kat atas tadi tu haaa . Kita akan guna moisturiser ni lepas kita guna dark spot corrector. Actually , kalau tak nak pakai corrector tu pun boleh , so lepas cuci muka, dah boleh pakai moisturiser ni pulak . Kegunaan moisturiser ni untuk memberi kesegaran pada kulit dan jadikan tona kulit lebih sekata , pastu moisturiser jenama NANO WHITE FRESH ni sangat cepat menyerap ke dalam kulit , tak adelah nak nampak muka macam melekit ke , kan ?! Lepas korang pakai pulak , konfirm rasa kulit lembut + anjal gitu >.<  cara nak guna macam ni , lepas cuci muka + pakai corrector / tak pakai corrector , sapukan moisturiser ni dekat muka dan leher dan jauhkan daripada bahagian mata tau ! Gunakan pada waktu siang dan malam , maksudnya dua kali sehari lah ye .

MY VIEW : Suka sangat moisturiser yang ini ^^ Bau dia yang wangi rasa nak pakai lagi dan lagi dan lagi haha nampak tak obsesnya dia dengan produk yang satu ni alahaiii emm tu je la tak tau nak kata apa , sebab memang dah fall in love dengan NANO WHITE FRESH ni :D

4) ANTI DULLNESS SCRUB
Aikk ,sejak bila pulak ada lagi ni ? Tadi cakap ada TIGA ja ! Hohoho , ok , item yang keempat ni pulak sebenarnya baru dilancarkan pada bulan Oktober lepas . Waktu Anis pergi watsons time tu , ternampak yang benda baru ni , terus sambar nak beli sebab nak bagi cukup complete pakejnya ^^ takpa la jugak , mak pun tahu anak dia dah nak besar suka jaga kulit pulak sekarang , tapi korang kalau tak silap Anis untuk yang scrub ni , tak ada yang saiz kecil sikit mungkin ? sebab selalu nampak botol dia besar je ==" mungkin . tak pa , nanti Anis tengok lagi sekali . hihi :)

Apa la fungsi scrub ni ? Sebenarnya kita juga scrub ni untuk buangkan kita punya sel-sel kulit mati yang ada kat muka ni , untuk kurangkan whitehead , jadikan kulit lebih licin , cerah dan cantik , haaa macam tu lah kiranya :) Tak percaya ? Anda boleh cuba dan rasai sendiri . Nak guna ? Gosok kan scrub ni dekat muka korang yang dah dibasahkan sikit , nanti susah la nak tonyoh cek oi , urutkan dia dalam pergerakan secara bulatan tau ! dan elakkan area korang punya mata , lepas dah siap boleh bilas . TAPI MAKSIMUM GUNA 3 KALI SEMINGGU ! kalau tak , kikislah kulit muka korang :(

MY VIEW : Anis guna scrub ni cuma dua kali seminggu ja , best bila tunggu masa nak scrub muka , sebab lepas scrub rasa whitehead macam dah tercabut ikut scrub yang ditonyoh kat muka ni haa , macam nak cakap je , "Nyah kau dari kulit muka aku! Aku tak mau tengok kau kat sini lagi !" HAHAHAHAHA ~~~
 Yang bestnya , bau dia macam kacang , karang ada jugak nak kena makan ni TT>TT bau sedap sebab diperbuat daripada walnut shell ditambah pulak dengan macadamia seed oil :)

5) MIRACLE MIST
This is the latest item from NANO WHITE FRESH . Baru ja dilancarkan awal bulan Disember ni . Yang ni pun Anis dapat tahu sebab keluar pergi Watsons minggu lepas :) Rasa teruja gila ^^ Ok, korang pernah tengok tak produk yang air spray kat muka yang consist daripada dua berlainan pH value tu ? satu acidic sikit , dan satu lagi almost neutral ? Haa item yang NANO keluarkan ni lebih kurang macam itu la jugak , cuma bahan-bahan mestilah berlainan :) 

3 bahan utama mesti ada , Sea Algae , Vitamin C and Tea Tree Oil . Miracle Mist ni diperkenalkan dengan 9-in-1 function ; 
  • Minimise appearances of pores
  • Refine pores
  • Brighten skin
  • Reduce excess sebum
  • Reduce acne
  • Restore skin balance
  • Soothe acne-prone skin
  • Refresh tired skin
  • Hydrate skin for fresh, bright and radiant skin . 
Cara nak guna mist ni , lepas korang dah bersihkan muka dah apa semua tu , spray mist ni bagi rata dekat muka , dan mist ni pun boleh guna bila-bila masa bukan setakat lepas cuci muak saja , bila korang rasa muka tak bermaya , mengantuk nak terlelap sebab letih , rasa kulit kering , spray je , tapi make sure tak masuk mata ya kawan-kawan . Nanti dok seronok main spray jangankan mata , ngan lubang hidung sekali dia spray pulak , jangan . jangan . jangan . =='

MY VIEW : Anis rasa segar lepas spray mist tu , rasa kulit macam makin lembut pun ada :)

 

Korang nampak tak packaging kat atas ni ? Ni pun dah ada dijual dekat kedai , for new beginners , boleh la try dan dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran ye semua ^^ Harga satu package ni memang murah dan sangat affordable compared bila korang beli secara berasingan , rasanya boleh save banyak gila sebab packaging ni baru dalam RM 28.XX . Kalau beli berasingan , banyak telan kos lagi akak-akak , adik-adik , abang-abang , sapa lagi Anis nak seru ni ? Kalau abang-abang nak guna jugak produk penjagaan muka , Anis suggest korang guna NANO WHITE for MEN ;)

Korang dah baca kan Anis punya view , semua nya bunyi ok ja kan ? Sebab produk ni memang sesuai dan tak meragam pun bila Anis guna :) Sebab tu la rasa tak boleh move on pakai yang lain dah . Sebelum ni Anis dah pernah pakai dah brand lain , tapi semuanya macam ada yang tak bagi respons apa-apa pun dan muka yang tona tak sekata tu tak pulih pun , ada jugak yang buat muka Anis cerah sikit , tapi makin lama haihh benda asing suka tumbuh dekat muka bila terlupa nak pakai dia walaupun sehari dua :( Sebab tu Anis fed up dan cuba yang ini pulak :) Bila dah jumpa yang sesuai , takkanlah Anis nak simply tukar dengan yang lain , kan  ? Nanti ntah apa-apa pulak yang naik ahhh tak berani nak ambik risiko muka rosak :O

Korang kalau ada apa-apa nak tanya , jangan segan silu tau ! Kita share la apa pun berasaskan pengalaman yang ada ye atau yelah kan , " MALU BERTANYA , SESAT JALAN ! "

P/S : Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang gila gila gila gila ni \oooo/ maaf kalau typo taip pun pukul 2 pagi kan :D

acne = jerawat
acne-prone = berjerawat
soothe = melegakan
radiant = berseri
I'm giving this
 /10

TOLONG ! TOLONG !

Friday, December 25, 2015

ASSALAMUALAIKUM ! 

BAGI SESIAPA YANG PANDAI EDIT MENGEDIT NI TOLONG LA ANIS NI , DAH BANYAK TRY TUTORIAL ORANG ITU , ORANG INI , DAN DAH TRY UBAH SENDRIRI STILL TAK MENJADI . GERAM BETOI NI . ANIS ACTUALLY NAK LETAK GAMBARKAT FOOTER TU TAPI KENA LA SAMBUNGKAN DENGAN BODY . YA BERHASIL SAMBUNG DENGAN BODY TAPI DIA JADI LAGU NI PULAK !!



KLIK UNTUK TUMBESARAN . 

NAMPAK TAK YANG ANIS BULATKAN MERAH TU ? TU LA MASALAHNYA . GAMBAR TU NAMPAK CIPUT AJE & YANG TU DAH LA BY THE END OF THE BLOG .DAH TAK LEH SCROLL DOWN DAH . MAKNANYA , GAMBAR TU BOLEH NAMPAK KECIK AJE :( HAIHH BANYAK KALI DAH TUKAR CODING , FED UP TAK TAHU NAK UBAH YANG MANA DAH , KAKAK , ADIK , ABANG , TOLONG SAT TT.TT

P/S : MAAF SEMUA TULISAN BESAR 


Segmen

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova

Friday, December 25, 2015

http://fieyqadelova.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan :D

Dah lewat sangat nih , Anis still tak tidur dan masa ni jugaklah baru perasan kena tag :I 

Ohh bila dah sampai dekat blog owner Segmen ini baru Anis perasan yang blog dia memang tak ada bloglist lagi , blog Anis pun tak da senarai bloglist , sebab tak tahu nak letak blog siapa sebab semuanya hebat bercerita :3 InsyaAllah nanti Anis buat jugak , tapi sekarang jom join orang lain punya segmen :)

Kat sini , Anis nak tag seorang yang bertuah sangat ni ^^ YOO <3

Tagging

Dan Dirimu Pula Yang Keempat

Thursday, December 24, 2015

 

Hihihi korang rasa tertipu ke dengan entry sebelum ni ? Sorry a lot ;(  Kali ni Anis nak jawab 10 soalan dari adik kita yang dikenali sebagai Sab ni ;D Jom tengok soalan apa yang dia nak tanya ni 

1) Favorite blog?
 Semua blog yang Anis follow semua nya favourite I tau ^^

2) Apa pandangan awak tentang blog sab?
Simple gila tapi ada aura cute dia sebab ada warna pink-pink gitu sebab Sab memang suka pink , pastu ada muka Kyungsoo yang innocent pulak dekat sidebar + header , memang style , kemas pulak tu blog dia , tak serabut dengan benda pelik-pelik , pastu cepat loading , itu yang paling terbaik ^^

3) Selalu active blog pukul berapa?
Tak boleh nak khususkan pukul berapa , tapi di sebelah malam la selalunya :D kenape ? nak datang tegur ke ? >///////<

4) Ambil aliran/kos apa?
Aliran akaun dekat sekolah , memang inilah yang terbaik dan berkenan di jiwa , Alhamdulillah !

5) Describe yourself?
I'm always laughing till nobody knows I'm hurt inside too T>T

6) What the last thing you bought?
Girlish stuff , I mean some make-ups such as Silky Girl's lip gloss ^^ love its colour

7) What is your middle name?
I don't know the meaning of middle name *mehh im 17 but still can't understand* My name is Anis Nabilah , and I guess my middle name is Nabilah and my father's name gonna be the last name . Isn't it ? Hahahahahahhah

8) When was the last time you cried?
24 December 2015 , because I'm watching a film around 10 o'clock in the night .

9) Are you in relationship?
I'm in relationship with Allah , Rasulullah , family , teachers and friends .

10 ) Have you ever been out of the country, if so how many times?
Nope , I'm never been to overseas before .


P/S : I'm done answering ^^ Please correct my own mistake :D

Tagging

Kau Orang Yang Ketiga

Thursday, December 24, 2015

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wow apa tu ? Tajuk bunyinya hangat *tangan dah mula mengipas muka* Korang dah tak sabar ke nak baca ni ?  Nak tahu cerita selanjutnya ? Haa cepat angguk ! Ok ? Dah buat macam Anis suruh ? Jom kita terjah . 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Macam ni lah ceritanya , Anis nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Qila sebab sudi tag saya ^^ Ni nak jawab lah pertanyaan Qila tu , tak da kena mengena dengan sesiapa pun yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia . Tajuk aje sebegitu sebab Qila ni adalah orang yang ketiga tag Anis untuk jawab soalan yang diciptakannya ;D hehe (\Y/)

1. watching movies or listening to music?
Listening to music ^^ sebab nak habiskan dengar satu lagu dalam 3 minit je kalau nak bandingkan bila tengok movie . 
2. a country you really wanna go travel to, and why.
Korea maybe sebab gaya hidup diorang yang kelihatan urban dan totally my style of living ; actually Anis suka negara diorang punya landskap seriously every part of it nampak lawa ja tak macam Malaysia sampah aje merata alam =='


3. apa yang menarik about blog stuff ni yang buat you nak berblog?
Dapat edit blog ikut suka hati nak warna apa , nak nampak ala-ala matured ke comel - comel gitu :D pastu kat blog ni , macam-macam boleh di kongsikan dengan semua orang . Ye lah kan , nak masuk pidato , syarahan , public speaking tak da keyakinan nak talk dengan bagus sekali , baik bagi talk kat blog aje xoxo 
4. top 3 most played songs on your iTunes, or phone, or mana-mana je la?
Monodrama cover by Seungkwan & DK [ Seventeen's member ] , Love Yourself [ JB ] , Crow Tit [ BTS ]
5. any scary experiences? cerita la sikit haha
Ada scary experience tapi rasanya tak boleh cerita sebab dah tak nak ingat masa silam . maaf . 
6. tosai or roti canai? hahahaha
Sedap lagi tosai :D


7. are you good at playing music instruments? if yes, what is it?
Tak pandai pun nak main mana-mana instrument , tapi kalau setakat main yang getah banyak-banyak kat kotak tisu tu boleh la 
8. are you good at maths? just asking.
Alhamdulillah , tak pernah fail exam . 

9. your favourite band, or solo artist.
Always my favorite band ever , Day6 consists of 6 handsome member and each of them can play music instruments really well especially my Won Pil . Day6 is under JYP Entertainment .


10. to eat or to sleep?
It's better to eat at least dapat merasa masakan yang sedap-sedap . 


P/S : Tak mampu nak tag orang lain lepas ni . Sorry sangat sangat :(

Tagging

10 Question From Igs ;]

Tuesday, December 22, 2015

*nak sangat rumah macam ni*

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolllssss

Buat apa korang petang - petang macam ni ? Anis rasa penat sangat petang ni , tambahan pulak tadi dah tertidur , rasa macam energy dah tinggal 10% tapi ku gagahkan jugak nak answer soalan ni :D sebab rasa terharu sangat ada orang ingat Anis dan tag diri ku ini TT.TT 

Sebelum tu , mintak maaf kalau answer Anis seems tak relevan or what sebab ni orang mamai tengah dok taip kat sini ni . 

10 Question from _numigx
1. Explain yourself in one word and why? 
2. Which do you prefer, English or Malay? 
3. What do you love to do in your free time? 
4. Do you like me? 
5. 7 Things you do before getting up from bed. 
6. 3 kinds of people you hate most. 
7. Do you like birthdays and why? 
8. How many people you do remember their birthdays? 
9. What kind of movie do you prefer and why? 
10. 10 band names you love most.

Jom mula jawab dari soalan yang pertama :D

 Extrovert . Sebab Anis tak boleh duduk diam - diam dan mulut ni suka betul pot pet pot pet dan bila dah bertermu dengan geng tu , emmmm tak tahu lah , rancak betul semuanya ^^ Anis tak pandai nak duduk diam , tak cakap ngan orang , mana boleh macam tu , nanti orang cakap kita kera sumbang , baru kau tau Jahhhh oiiii 

 I do like both and I can't choose between the two options given *pergghhh terus speaking omputih* sebab apa tak leh buat choices ? Sebab english is the second languange I've been using this while , dan memang kena mahirkan la jugak bahasa ni sebab nanti nak kerja overall dalam english , universiti nanti pun belajar course masing-masing dalam english jugak . But , as a Malay mana boleh tinggalkan bahasa Melayu sebab yang sekarang dok guna pun lintang-pukang , bila buat karangan hmm hancus la jugak sebab ayat tak gramatis dan tak ada perkataan yang terkini ala yang 'pada era globalisasi ini' , 'marcapada ini' . Hmm , korang dah pandai guna ka semua tu ? Anis tak pandai nak bergramatis ni dalam karangan huaaaa :(

 Waktu free time Anis suka termenung , tak tahu la tengah teropong masa depan ke , buat flashback ke apa . Ehh , termenung kejap aje , pastu Anis mula lah selongkar meja study , belek-belek semula majalah lama yang Anis beli , tambahan pulak majalah E-POP boleh la nak dikatakan banyak ada kat rumah . Bila dah mula bukak majalah tu , baru la nak perasan akan kewujudan artis - astis yang baru Anis kenal , rupa-rupanya sebelum ni baca , buat endah tak endah je 

 Ohh how can I hate you :O Nope I love you , I like you *woahhh buat confession kat sini pulak* Anis suka Igs dan Igs punya blog . Walaupun blog Igs memang all white , tapi nampak cute sebab icon - icon yang ada kat blog tu contohnya Igs punya top button bentuk awan bermisai tu , then entry Igs pun ada banyak icon yang comel wuhuuuu and Anis baru tersedar yang kita berdua sebaya ^^ Nice to know you , Igs :D

 Lepas bangun tidur , baca doa la dulu *tu pun bila teringat ja* , tengok jam pukul berapa , on kejap phone tengok battery lagi berapa percent , baca notification , bangun , ambil tuala , mandi dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya 

 Talam dua muka orang macam ni sepatutnya berterus terang kalau tak suka aku , cakap je la tak suka , aku boleh move on cari kawan yang lain , secondly , sembang hmm bukan main ye nak buat itu nak buat ini kalau jumpa someone dia meluat sangat , bila dah jumpa , laaa jah oi are what hang senyap ja jah ? Lastly , org ni paling nyampah , bila org tegur nak kawan la , mostly ni bila first time meet up , kau boleh jeling aku pulak ? apa mungkin aku hina sangat tak boleh nak berkawan ngn kau ! Ehh rugi kau tak kawan ngan aku , I'm full of humor hohoho *boleh la*

 Sometimes I do like birthdays , because on that time you can see you close friend behave totally 360 degree just to annoy you on your birthday but then it come out just like what they had planned . Thanks guys , korang selalu cam tu , paling annoying waktu tahun lepas 2014 , korang buat dunno je kat aku yeee 

 A lot and can't be counted sampai budak kelas sebelah pun ada ja yang aku hafal ada lagi junior , senior kat sekolah yang dah pindah pun aku ingat lagi :D
 Horror and comedy . Kalau tengok cerita seram je mulalah nak rasa pelik akan benda benda yang ada kat sekeliling plus terbayang bayang sesuatu yang tak patut dibayangkan , haha tapi best la cerita seram . And another one tadi , comedy :D Yang ini sudah semestinya menjadi pilihan , sebab Anis kan suka gelak banyak ngan kawan-kawan , paling tak dapat nak dilupakan waktu Anis keluar ngan kawan , berlima kitorang pergi tengok cerita Twenty yang ada Kim Woo Bin , Kang Ha Neul & Lee Jun Ho berlakon tu .. serius lawak tak terkira dan waktu tu ada lebih kurang 12 orang ja dalam panggung *well panggung tu kat shopping mall aje* bila sampai part yang lawak tu , rasanya suara kami yang berlima ni bukan main kuatnya hihi memang tak tahu malu betul haha rasa macam buat panggung macam abah yang punya je ~~~

 Day6 , CNBlue , Wonder Girls , FT Island , *paling legend* Westlife , yang lain ni tak tahu betul ke ngam dengan konsep band hahah peduli apa aku TT.TT , Bangtan yes of course on the list ^^ , 2PM , VIXX , Seventeen & Big Byung . Hahahahahaha all of them are Korean , except for that Westlife , it is not because I don't listen to their song , but they just can't be on my top list \O/


THE END . 

P/S : Dah tak larat nak tag untuk orang lain . Maaf ye kalian :)

Segmen

Segmen Encik Kidal 2.0

Sunday, December 20, 2015

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera u ollssss >.< 

Amacam dah makan tengahari ke belum ? Dah pukul 2 lebih ni . Yang belum makan , cepat ! Pi makan dulu satgi boleh sambung baca entry ni , kan ^^

First and foremost , terima kasih sis SAB sebab dia la yang tag Anis and Anis pun rasa berminat nak join jugak ^^ Ok , sekarang ni Anis kena jawab 30 soalan yang diberi . Soalan tu berbunyi seperti ini ; 

     - Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
     - Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
     - Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?

Apa nak jawab ni ? 

Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
Anis mula berblogging waktu Anis Form 1 , kiranya 4 tahun yang lalu la , which is in 2011. Asalnya tak tahu pun kewujudan blog ke apa semua ni , tapi kat sekolah geng-geng budak yang berulang rajin jugak pot pet pot pet mulutnya bercerita semuanya lah , Anis terdengar la diorang dok cakap-cakap pasal diorang punya blog . *geng berulang maksudnya budak-budak yang tak tinggal di asrama , sekolag kitorang jenis asrama harian* Jadi , balik sekolah lepas siapkan homework untuk keesokannya , *time tu hw tak banyak ok la* Anis terus on laptop and selongkar cara nak buat blog baru , rupanya kena ada Google account . So Anis pun daftar pakai e-mail yang Yahoo punya :) Ingatkan kena jugak buat G-Mail rupa-rupanya tak perlu pun . Bila dah ada satu blog , Anis pun mula la hias itu dan ini , rasa cam lawa dah , tapi kalau sekarang la Anis masih guna theme yang sama , aduhhh buruk kot ~~ Masa tu tak tahu nak main coding coding ni >.< Well , saya budak baru belajar time tu, umur pun 13 tahun :D  Sejak umur 13 tahun tu la , Anis rasa nak sangat maintain jadi blogger sebab masa tu adore Kak Lyssa Faizureen . She was very famous at that time dengan blognya yang gojes gitu ^^

Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
Waduhh soalan macam ni susah nak jawab , follower pun mesti perasan Anis bukannya selalu update pun , kadang-kadang menyepi amboi bukan main lamanya. Kalau perasan dekat blog archive tu , untuk 2014 , there's none post at all :D Tapi waktu yang paling banyak idea nak update ni selalunya lepas Anis mengelamun , tengok iklan , baca buku , tengok drama , dengar lagu , haaaa masa tu la ada je rasa nak update pasal itu , ini , itu , situ , sini , sinun . Tapi kalau nak update sesuatu lebih seronok kalau kita update something yang kita pernah lalui , kan ? Baru ada feel ~~~
Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?
Berapa lama ye ? Depends jugak la , kadang-kadang Anis akan buat draft , tapi kalau ada idea yang mencurah - curah tu , bila dah start taip , kompom 100% boleh siap waktu tu jugak . Tapi bila malas , klik aje NEW POST but then , tak da jugak sepatah perkataan yang nak ditulisnya . Contoh la , Anis suka group - group Korea ni menyanyi , then mulalah rasa nak cakap pasal diorang , so Anis mula la cari gambar ke , atau tengok sikit profile diorang macam mana , lepas tu rasa dah cukup bahan untuk entry kali tu , Anis akan cuba tulis jugak dan publish kan dengan segera . Tapi , tak boleh segera segera macam mee segera , panas tu . 

Yeayy , dahhh habis answer ;) Jom Anis nak tag orang lain pulak , dan orang yang bertuah tu ---> IMA


K-Drama

[REVIEW] The Producers Auwww

Sunday, December 20, 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ehh ehhhe , bukak entry je nampak muka Kim Soo Hyun . Tsk tskk tskkk ㅠㅠ . Entah lah kenapa dia suka buat muka macam tu, baling pinggan karang hilang handsome :D hahahahaha ~~ 
Mohon maaf , Anis bukannya benci dia , I'm one of his fans too , cuma geram tengok dia buat muka lagu tu . *keluar dah loghat utara dia* Ok , korang dah baca kan tajuk entry ni apa , THE PRODUCERS .  Sebenarnya tajuk kali diberi nama sedemikian sebab Anis nak cerita sikit tentang K-Drama entitled ' THE PRODUCERS ' ni . Drama ni bersiaran di saluran KBS 2 . Episod pertama drama ni ditayangkan adalah 15 May 2015 . Lama dah pun , 7 bulan yang lalu . Memandangkan Anis terlibat dengan SPM tahun ni , sebab tu la tak menyempat nak tengok :( Lepas habis je , drama ni lah yang first Anis tengok sampai habis . Drama ni cuma ada 13 episod . Antara yang membintangi ; 

Dari kiri : IU , Cha Tae Hyun , Gong Hyo Jin , Kim Soo Hyun


Yang menariknya dalam drama ni , setiap episod memaparkan something yang perlu seorang rookie producer untuk jadi seorang producer yang mahir dan cekap dalam bidang pekerjaan diorang tu . Anis pun baru tahu sebenarnya cabaran jadi seorang PD*short form of Producer* ni sebenarnya susah . Nak take care artis lagi , syarikat artis tu pulak kadang-kadang macam banyak songeh , nak suruh jaga artis bawah dia aje , di samping tu , PD ni jugaklah yang nak kena jaga rating setiap program yang diorang conduct . Kita sebagai isi rumah hanya tahu menonton TV aje , tengok Running Man gelak terbahak-bahak , sedangkan PD Running Man sakit kepala fikir nak bagi storyline setiap episod Running Man tu menghiburkan penonton serta maintainkan rating diorang punya program . Sama aje pekerjaan setiap PD ni , tak kira la bawah SBS ke , KBS ke ;)  

List episod ; 

1 - The variety department, unintentionally
2 - News of quitting, unintentionally
3 - Pheasant instead of chicken, unintentionally
4 - Acting that way, unintentionally
5 - Understanding editing
6 - Understanding broadcast accidents
7 - Understanding media play
8 - Understanding love lines
9 - Understanding preemptions
10 - Understanding previews
11 - Understanding ratings
12 - Understanding a long-running program
Special / 13 - Understanding NGs

Watak Kim Soo Hyun dalam ni series lawak , kadang-kadang sakit hati jugak tengok, sebab dia ni sangat bendul . Well , sepatutnya dia dah jadi lawyer , tapi disebabkan dia dapat tahu yang crush dia kerja sebagai PD dekat KBS , dia pun nak join jadi PD kat situ jugak . Tapi dia sangat jujur , riak muka dia tak boleh nak tipu orang , Anis ship dia dengan IU dalam drama ni . Opps watak Kim Soo Hyun dalam ni Baek Seung Chan . Manakala IU pulak Cindy . Entah macam mana semakin lama kerja kat situ , Baek Seung Chan dah jatuh hati pulak dekat Gong Hyo Jin yang pegang watak sebagai Tak Ye Jin , yang merupakan salah seorang PD perempuan yang berjaya tahan lama bekerja kat situ dan dia lah producer bagi program muzik yang femes tu , MUSIC BANK a.k.a MUBANK >.< Tapi , dalam diam sebenarnya Tak Ye Jin ni dah jatuh hati dekat best friend dia dari kecik lagi , juga seorang producer kat KBS + senior Baek Seung Chan dalam program 2 Days 1 Night , iaitu Cha Tae Hyun as Ra Joon Mo . Tak tahu lah cerita ni ada kisah cinta entah berapa segi , mungkin lebih dari 4 ? Sebab Cindy pulak dah mula suka dekat PD Baek Seung Chan yang secara tak langsung selalu ja ada waktu Cindy kesusahan . 
Anis rasa tak perlu kot nak cerita panjang lebar , sebab rasanya macam dah ramai yang dah khatam dah tengok drama ni , kan ? But yang tak layan drama Korea tu , ye memang la awak tak tengok lagi , try la tengok dulu , karang terjatuh hati pulak dengan Baek Seung Chan tu aduhhh ==' 
Tapi kan ending cerita ni nampaknya Baek Seung Chan dah ada common sense terhadap Cindy yang dah lama suka kat dia dan hubunan diorang berdua pun makin rapat ;) Comel betullah dua orang tu :* 
Okay , I insert sikit scene-scene dalam drama ' THE PRODUCERS ' ni ;) 

*Cindy's fan service*

*Baek Seung Chan tells Cindy about his analogy* 

*Cindy fall more for him*

*masalah baru pulak yang datang*

*Seung Chan teringat masa childhood dia*

 
*boleh pulak dia terlena*

 
*dah sedar & ni part paling serious between these two persons*

 
*seronok nya Cindy*

*can you not?*

*the end*


P/S : Drama apa yang best bagi korang sekarang ni ?