[ Tips ] Bibir Pecah !

Tuesday, November 19, 2013
 

Assalamualaikum . 

Hooollllla ! Meet u again . Lama gila rasanya tak update apa - apa pun . Dah lah blog ni macam makin tak menarik ja , kan ? So , hari ni Anis nak share tentang nak elakkan jadi ulser dalam mulut tu ha . Enjoy your reading here , okay ? 

Punca terjadinya ulser

  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit , terkena makanan tajam , air yang terlalu panas . 
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil . 
  • Tekanan perasaan ( stress ) . 
  • Alahan kepada makanan seperti nanas . 
  • Penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman . 
  • Pengambilan ubat ( steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun , manakala anti-histamine seperti ubat selsema boleh menyebabkan mulut jadi kering ) . 
  • Alahan / reaksi alergik 
  • Faktor keturunan 

Langkah mengelak ulser :

  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah .
  • Ambil mineral zink dan zat besi . 
  • Letak sedikit ais di tempat yang terkena ulser . 
  • Gunakan antiseptik untuk berkumur . 
  • Kurangkan air berasid . 
  • Minum air dengan banyak .
  • Banyakkan vitamin C dalam pemakanan , sayur - sayuran hijau dan buah - buahan .  
  • Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut . 
  • Elakkan daripada tekanana perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks atau Arcalion . 
  • Tambah pengambilan asid folik dan vitamin B12 . 

Petua hilangkan ulser

  • Berkumur dengan air garam . 
  • Lekapkan tempat ulser dengan kepingan asam keping atau asam gelugur . 
  • Minum air barli suam . 
  • Sapukan dengan madu asli . 
  • Sapukan marjerin ke bahagian terkena ulser . 
  • Sapu dengan ubat gigi . 

Okay , siapa yang lepas ni mungkin terkena ulser , bolehlah mencuba apa yang telah diberitahu tadi . In a nutshell , kita kena la jugak minum air dalam kuantiti yang banyak , untuk mengelakkan bibir berdarah dan ulser ni . Jaga kesihatan waktu cuti ni , tau ? 


No comments:

What's your idea ? Share with me ;) But no harsh words please .

Powered by Blogger.