2015 KBS Song Festival

Sunday, January 24, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera , 



Selamat malam chingu , unnie , oppa , ahjumma , ahjussi , hohoho sapa lagi nak kena mention ? atuk nenek tak surf kot rasanya internet ni , tambah-tambah blog apa la benda ni diorang tak tahu lah ==' 

Malam-malam ahad ni korang buat apa ? Anis nampak gayanya hanya menghabiskan masa depan laptop je la kebalakangan ni , tambahan pulak sekarang ni aje masa nak habiskan banyak-banyak masa dengan Internet la blog la , after this , konfem susah nak updatte even one story one week =='

Ok , semalam waktu nak tidur , ada bukak Youtube and banyak channel yang Anis subscribe ada upload video baru termasuklah stesyen tv Korea yang femes tu , KBS World TV , KBS stands for Korean Broadcasting System . Every year, KBS akan ada ada anjurkan Song Festival . For 2015 , 2015 Song Festival diadakan pada 30 Disember 2015 dan diadakan di Gocheok Sky Dome yang boleh menempatkan sebanyak 20 ribu orang dalam satu masa yang sama . 


Besar kan ? Walaupun besar macam tu , tapi masih ramai lagi yang tak mampu nak pergi tengok Song Festival tu , sebab tiket dijual hanya dalam masa 35 minit dah habis dijual !! Wow , dah la bukan sikit tiket yang dijual , 20 000 tu :O Tema 2015 Song Festival adalah ' KELUARGA ' , jadi diorang reserve beberapa tiket dan buat peraduan bagi sesiapa yang nak datang ke festival tersebut bersama-sama keluarga , dan bagi keluarga yang menang peraduan tersebut , sekumpulan artis akan pergi ke rumah mereka untuk memastikan tiket tu memang sampai dekat tangan diorang . Bunyi macam best , kan ? Dan ada 2 keluarga yang menang , keluarga yang pertama didatangi oleh kumpulan BTS , dan keluarga yang kedua pulak kumpulan VIXX pulak yang pergi . 

Antara barisan artis yang hadir time KBS 2015 Song Festival tu adalah Girls’ Generation, EXO, CNBLUE, SHINee, Red Velvet, GFRIEND, Mamamoo, EXID, A Pink, AOA, Infinite, B1A4, VIXX, GOT7, BTS, BTOB, Noel, dan Ailee . Kumpulan yang dipilih untuk hadir ke Song Festival kali ni semuanya berdasarkan tarikh diorang aktif dalam bidang seni , kemudian dicampur dengan penjualan album , berapa kali menang di rancangan muzik di Korea .

Selain daripada group yang sedia ada ni , ada jugak persembahan istimewa daripada team“Immortal Song 2,” dan “Yoo Hee Yeol’s Sketchbook.” Persembahan diorang ni merupakan persembahan yang pertama kali dalam KBS Song Festival sebab tahun-tahun yang sebelumnya belum pernah ada slot yang macam ni . Slot yang paling best for me I think part dance performance daripada group Got7 , BTS dan VIXX . Diorang memang pandai giler menari , dan sharp on every point . It's fantastic ^^ 

Bagi peminat lagu-lagu Korea , you guys boleh lah tengok dekat channel KBS World TV di Youtube . Kat situ semua dah siap ada subtittle . And one more thing , 2015 KBS Song Festival ini dirakam dengan menggunakan spidercam , ya bunyi nya seperti itulah , hasil nya serius korang akan nampak pentas lebih gah , nampak lagi besar dan sangat grand . A big thanks to today's innovation and technology .

1 comment:

  1. iols terus bookmark. nak tengok tp esok2. hari ni dah mngantuk. hehe

    ReplyDelete

What's your idea ? Share with me ;) But no harsh words please .

Powered by Blogger.