Kategori Penyakit Manusia

Friday, February 05, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Hari ni aku telah bertukar profesion , nak jadi doktor tidak bertauliah kejap . Korang jangan ingat kalau sakit ni selalunya sakit demam ja . Tak tak tak , rasa dengki demgan manusia lain pun salah satu penyakt jugak tu , tahu ? Ha , bahaya kalau tak diubati , kang selamanya penyakit tu tak akan hilang daripada diri korang .

1. Penyakit fizikal

Penyakit ni merupakan pemyakit yang memang selalu jadi terhadap manusia secara fizikal sahaja , semuanya adalah disebabkan apa ? disebabkan oleh sistem fisiologi dan function tubuh badan kita ni . Penyakit ini selalunya dirawat oleh doktor perubatan moden di klinik , hospital dan jugak menggunakan peralatan moden yang korang boleh jumpa dekat hospital / klinik . Contoh-contoh penyakit kategori ni pulak ialah jangkitan kuman , penyakit genetik , penyakit hormon , penyakit jantung , darah tinggi .

2. Penyakit mental

Merupakan semua jenis penyakit yang berkaitan dengan fungsi mental yang melibatkan daya fikir , buat keputusan rasional , kawal emosi , kebolehan berhugungan sosial dan daya pembelajaran . Kebanyakan penyakit yang dalam kategori ni disebabkan faktor STRES yang terlampau berlebihan sampailah pesakit tak boleh kawal diri dan minda. Contoh lah kan , penyakit rasa takut yang berlebihan ataupun fobia , kemurungan berlebihan (major depression) , kebimbangan berlebihan (anxiety disorders) , penyimpangan seksual dan lain-lain . Selalunya penyakit yang sebegini boleh dirawat oleh pakar kaunseling , pakar psikologi , ataupun pakar psikiatri .

3. Penyakit hati (penyakit qalbu)

Contoh - contoh penyakit hat ini yang korang pun dah sedia maklum , adalah berikut : penyakit hasad dengki , penyakit tamak haloba , penyakit munafik yang tak boleh dipercayai orang yang ada penyakit sebegini . Kunci untuk mengelakkan diri kita daripada terkena penyakit yang macam ni , kita perlu kekuatan iman dan spiritual , mujahadah yang berterusan dan juga bimbingan daripada guru-guru yang arif lagi alim supaya dapat membimbing kita :)

4. Penyakit gangguan jin , syaitan dan iblis

Penyakit jenis ini melibatkan gangguan jin dan sekutunya secara langsung . Gangguan ini selalunya berpunca daripada :
  • Jin yang mengganggu manusia kerana mahu membalas dendam , singgah-menyinggah ataupun jin itu suka dengan individu itu .
  • Jin yang dihantar dengan tujuan mendatangkan penyakit yang dinamakan SIHIR
  • Jin yang melibatkan keturunan , iaitu daripada satu generasi kepada satu generasi yang ataupun kebiasaannya dipanggil SAKA .
  • Jin yang diseru dalam amalan ilmu seperti ilmu silat tertentu ataupun ilmu pengasih , ilmu penunduk , kebal dan lain-lain . 
Hope you guys dah hadam dengan jenis-jenis penyakit ini yang mungkin berlaku terhadap mana-mana individu .

Sumber ; Perangi Sihir

3 comments:

  1. Ganguan makhluk pun penyakit rupanya. XD Pernah seorang adik kepada kawan kepada kawan kakak aku pergi berubat dengan shifa, dulu muka dia banyak jerawat sekarang dah sihat. :3

    ReplyDelete
  2. moga terhindar daripada penyakit2 cenggini
    cegah sebelum parah !

    ReplyDelete

What's your idea ? Share with me ;) But no harsh words please .

Powered by Blogger.