During Sekolah Menengah #2

Saturday, February 10, 2018


Salam sejahtera kepada semua 🐟 bagi yang nak tahu what happened on part one nahh go here. Okay from where I should start ? 

Waktu lagi 2 minggu nak habis form one, abah cakap he cannot come and pick me from school and he also worried to let me walk home alone sometimes bukan alone sebab maktok dengan gigihnya pi jalan tunggu aku balik sekolah kesian maktok *aku nak nangis waktu taip tau dak* 

Jadi, abah syorkan aku duduk asrama and I was like 😲 rumah dekat cehh ada ka orang nak luluskan aku duk kat asrama biaq betik 😕 macam-macam gak la alasan aku bagi, aku cakap aku boleh je naik basikal pi sekolah. Hmm entahlah aku at last pi jugak ambik borang nak masuk asrama dan hantar. Waktu pertengahan Disember kerani pejabat asrama cakap permohonan aku diluluskan. Aish apahal dapat 😔

Hari first kat asrama macam biasa la siapa ja tak teriak masa mula-mula masuk. Tengok roommate aku kebanyakannya semua muka budak baru masuk jugak jadi 😂😂 semua ahli macam homesick dan ada yang menangis di bawah bantal jugak. Aish malu ja kat adik form one ada 3 orang dalam dorm aku. Dorm Asiah, dekat bangunan aspuri lama wah semua benda la lama and buruk 😩 Mula-mula ada 14 member, 11 orang first time duk asrama, lagi dua tu memang masuk daripada form1. Pastu 3 orang keluar asrama 1 lagi pindah bilik tinggal kami 10 orang je. Oh, my deskmate waktu form one sama dorm rupanya lega sikit ada orang aku kenal.

Seronok jugak sebab kawan makin ramai 😆 tapi masyaAllah zaman form two ni semua orang berangin sangat mungkin sebab hormon tu tengah tunggang-langgang and pantang salah sikit ja mulalah nak perang mulut 💢 budak dorm aku kuat gaduh aku tak terkecuali tapi kalau part kamcing gila tu huishh riuh bilik sampai tingkat atas sekali pun boleh dengar kami gelak 😜

Kisah seram pun ada semestinya, okay bila hujung tahun kami ada aktiviti berdah. Macam kumpulan berqasidah lah, student form two akan ajar adik-adik form one and diorang akan dipecah kepada 6 kumpulan. Kumpulan aku ni tempat practice dia memang daripada tahun-tahun lepas memang tempat itulah, kat satu dorm yang tak digunakan lagi 🐭 Seram jugak waktu nak naik tangga ke situ. Satu malam ni, aku tak tau nak buat apa since tak pernah experience berdah, so nak ajar apa nya? Aku pergi lah ke tandas di hujung level tu. Dah flush, pastu aku dengar ada orang tolak penyendal pintu daripada luar dan aku try lah nak tolak pintu, tak boleh. Try to calm myself tapi enggak bisa dong so aku jerit je lah nama kawan daripada group aku. Kebetulan ada sorang tu dia tengah berdiri kat kaki lima and dengar macam ada orang jerit. Aku dengar ja tapak kaki dia macam kat area pintu nak masuk toilet tu pastu terus pintu tandas aku terbukak. Aku tarik tangan dia pastu memang tak kalih tengok belakang dah. Sejak hari tu, aku ponteng latihah berdah sorry guys baru harini aku bagitau reason dia 😸

Next week daripada kes tu, 👻 mengamuk. Ya semua berpunca sebab kumpulan aku guna bilik tu, katanya kami menganggu dia, kami bising. Memandangkan aku ponteng, waktu jadi tu aku dekat dalam dorm, block bertentangan dengan tempat tu. Terkejut la jugak sebab roommates pun tengah tidur gak, tiba-tiba alarm bunyi. Ketua aspuri kejutkan semua suruh tutup pintu tingkap and stay baca yassin dalam bilik masing-masing. 

Okay enough. Dekat sekolah pulak aku rasa lemas duduk dalam kelas aku sendiri. Sebab di antara semua budak perempuan yang stay asrama, aku sorang ja yang bukan dalam satu geng tu. Entah macam mana lah satu geng diorang dapat masuk kelas yang sama 😑 diorang ni nakal time tu, sekarang tidak lagi dah matured semua almaklumlah 2018 sudah 🙆 jadi aku berkawan dengan budak berulang je, time balik sekolah mesti aku tunggu kawan asrama yang kelas lain. Kelas aku kelas form two satu-satunya dekat ground floor, orang lain semua kat atas. Terasa macam dipulaukan 🙊 2 Az-Zahrawi, selalu di mention cikgu katanya kami ni nakal sangat. Aku rasa aku tak 😇

Oh ya sekarang masalah tidur dalam kelas hingap dekat aku 😂😂😂 okay padan muka 😏 fuh cikgu buka mulut terang macam-macam aku mula buka mulut nak menguap 😞 tak boleh nak tahan betul. Paling teruk waktu English sebab sir suka baca soalan suruh kami tulis balik. Kawan kat tepi yang berulang pun tersengguk kat tepi apatah lagi aku 😷 Kesimpulan, keputusan akademik aku tak baik mana pun waktu form two, menurun sikit daripada form one kecuali subjek math.

Dalam kelas bukan main mengantuk, tapi kalau time tu nampak crush serta merta segar weh 😝 gatal merla sungguh time tu 😵 tapi tak dapat dinafikan time tu banyak senior handsome tau ! *moga alumnae irshad yang laki tak baca post ini* aku pun ada crush kat sorang mamat ni, bodohnya aku sebab crush kat dia tanpa tahu perangai dia sebenarnya heh 😡 aku rasa dia okay dah kot sekarang, dengar kata dah jadi cikgu 🙊

Form two, banyak benda jugak aku belajar. Macam mana nak survive alone, macam mana nak bersosial dengan orang. Cuma aku pandai lagi bab nak control marah okay that's bad side of me dulu kala. I'm better now dah pandai relaks malah terlebih relaks sebab sekarang aku tak suka tahu hal orang lain langsung. I'm focus on myself 😙 acewah kadang-kadang tu rasa jugak nak ambik port pasal orang lain mana boleh jadi beruk di hutan 💥 *eh ada ka peribahasa lagu ni*

In a nutshell, I hate 2012. Tak thrill langsung hidup aku and banyak ja dosa aku buat sebab selalu bertengkar 😅


5 comments:

  1. it's normal and many have gone through the same. mmuahh

    ReplyDelete
  2. Bila ingat balik kisah zaman sekolah selalu buat kita ketawa. Even pengalaman pahit pun boleh buat kita tersengih bila ingat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu memori jatuh longkang lah yg anis paling ingat sekali :D

      Delete
  3. Nak sambungan please

    ReplyDelete

What's your idea ? Share with me ;) But no harsh words please .

Powered by Blogger.