During Sekolah Menengah #3

Tuesday, February 13, 2018
Sorry if this post is something you don't like to read but yeahh this is my blog so it's my own choice to share whatever I want. You can click 'X' button on top right of your browser to quit 👵

Okay jom sambung with my form 3 life, saya student 3 Ibnu Rushd. Kelas paling tengah la kiranya, tapi sebenarnya tak jugak. Ni berdasarkan waktu form 3 je tau susunan dia macam ni. Lain form, lain dia punya turutan. Oh ya blok tingkatan 3 asing daripada form lain kecuali kelas pakar cendiakawan tu diorang okay je kot kalau tempat bising 😜

Az-Zahrawi { kelas pakar cendiakawan }
Al-Farabi { kelas cendiakawan second }
Al-Razi { boleh la cendiakawan }
Ibnu Rushd 
Ibnu Sina
Ibnu Khaldun { tiga tiga cendawan }

Tapi aku rasa kelas aku ni lah paling best sebab kami tak da budak masalah and semua sebenarnya hebat-hebat jugak dalam akademik, cuma ada seorang budak laki ni ada masalah keluarga sikit. Heran aku pada dia dok lena ja atau kadang-kadang macam invisible dalam kelas tapi bila exam result not bad. Ketua kelas aku comel, ketinggian dia tu yang comel tau dak. Tapi bila dia bebai allahu muka tu 😆 nak kena lenyek ke 🌞 bukan aku sorang ja yang dok geram ngan dia, budak perempuan lain pun sama

Kelas yang akan duduki peperiksaan, for every morning sebelum masuk kelas akan baca yassin except isnin sebab perhimpunan. Tahun ni kami start agak awal kalau tak silap bacaan yassin dan tidak lupa juga tuition memang start awal, minggu first Feb kalau tak salah. Nak buat macam mana 😵 time tu tengah nak kejar 'Sekolah Berprestasi Tinggi' 🙍 Tapi kira okaylah kalau dibiarkan kami masuk dorm lepas habis kelas bukan study 😦 buat taik mata ja 😹

Kalau bab cikgu pulak, semua subjek dapat cikgu best cuma yang tak best nya sir English aku masih yang sama, dia tak best sebab aku la rasa bersalah lena dalam kelas dia waktu form 2 yang lain okay je, ingat lagi waktu sir bawak 2 beg plastik besar buah dukong ka langsat ntah aku tak pandai beza waktu kami tengah prep malam. Sir suruh habiskan. Yang tak boleh belah sir cakap "Bella, pi kat kereta sir ambik buah dalam plastik ajak kawan." Sir la orang first buat nickname baru 😚 Okay, bayangkan satu plastik tu mungkin 2 kg buah? plastik tu nipis ja tuptup terkoyak bawah 😱 tak sempat sampai kelas aku, depan kelas prep budak laki pulak tu nak jadi 😅 diorang tolong gelak je bukan nak kutip buah yang entah ke mana bergolak nya 😤

Kelas Pendidikan Islam paling best sebab ustazah walaupun garang tapi semua yang beliau ajar sangat cepat diingat. Moment ustazah suruh satu kelas berbaris pastu jalan macam keretapi pergi masuk blok sebelah yang merupakan bengkel kemahiran hidup pastu tepi belakang bengkel tu macam mini padang lah pastu patah balik pi kat laman luar kelas 💪 entah sebab apa ntah kami kena buat mcm ni tak ingat dah 💣

Kelas Sejarah pun sama, cikgu nampak semua dah macam lali, so disuruh bangun. Ingatkan nak kena denda tuptup satu kelas kena pusing satu blok biar segar 😅 Waktu geografi, tak henti-henti dengan soalan multiple choice. Aku rasa dalam masa seminggu tu setakat 100 soalan tu kira sikit lah tu latihan yang cikgu bagi 😪 aku tak kisah sebab subjek ni fav 💚

Waktu subjek science pun dah best berbanding dengan waktu form 2, sebab kami dapat teacher yang memang dah pro subjek ni. Time form 2, ada dua kali kot kelas aku tukar cikgu tapi dua dua hampeh sebab baru first year jadi cikgu 😩 Apapun kelas Sir Baim lah yang paling best. Nama sir sebenarnya Ibrahim 😝 sir ajar math. Setiap masa sir je kami boleh pi makmal komputer rasa nikmat air-cond tu yang best 💕 segala keraguan formula dan masalah remeh temeh yang tak paham sepanjang dua tahun lepas semua sir dah selesaikan 👍 tapi walau seronok macam mana, aku still lagi kaki tidur dalam kelas every subject 👏 sir jugak guru kelas 3 Ibnu Rushd. Sir selalu bagi motivasi dan cerita-cerita buat kami semua nak nangis tapi tak sempat nak teruskan sebab sir pun dah berair mata dan sesi bercerita diberhentikan 😿 Setahun lepas tu sir pencen alahaiii rindu dekat sir 😭 Aku tetap ingat sir suka puji kelas aku sebab dia rasa macam batch aku lain macam daripada batch lain. Yang penting tak nakal dan rajin buat kerja katanya 😙

Aku sebenarnya nak insert gambar kelas waktu form three ni, tapi lupa simpan kat mana, kalau ambik kat majalah sekolah pulak greyscale je ntah batang hidung pun tak nampak agaknya 💢

Oh haa ! Time form three juga tak ubah perangai gatai mereyam ni, aku ada crush baru 🙈 al-kisah waktu hujan lebat baru sudah makan tengahari kat DM (dewan makan), kaki lima semua naik air bayangkan lah daripada DM nak ke surau tu bumbung dia tinggi sangat so kena tempias hujan 🌝 pastu surau nak ke blok kelas aku memang tak ada bumbung, terpaksa gunan laluan surau koop ke blok form 5. Laluan gajah depan koop tu fuhhh tinggal muat untuk sorang lalu ja sebab air dah naik. Blok form 5 ni kalau ground floor semua makmal ja, time ni crush tengah berdiri depan pintu makmal 🌚 tak tau lah rasa dia macam handsome sangat time tu oh time tu hari Rabu, dia pakai baju uniform bomba, smart 🙉🙈 sekolah aku memang semua orang kena pakai uniform full, tak main lah track bottom & t-shirt 💁

Tak boleh cerita lebih-lebih memangkan sekarang dia pun ada yang berkenan di hati sama universiti dengan dia 😳 haih kita ni apa ja ada 😥 nasib akak tu lawa kalau tak aku kutuk kau sampai 10 tahun lagi 😑 apapun cepat lah ambil tindakan mana tau nanti aku nampak ex-crush kecewa lalu aku cucuk jarum 😈 hahahaha tak akan terjadi sebab aku tak pandai nak berkomunikasi dengan orang lain jantina 😴

Lepas PMR (Penilaian Menengah Rendah) in case junior yang baca ni dah panggil PT3. Ada banyak sangat masa terluang sebab kami semua tak tahu mana perginya cikgu yang daripada bulan Januari dulu sibuk nak adakan tuisyen everyday menghilang kini. Mid Oktober sampai lah hari last persekolahan kami duduk melengung *termenung* ja dalam kelas. Nak baca komik, komik nanti kena rampas. Novel pun sama jugak, tak dibenarkan bawa ke sekolah. Pastu, asyik bersembang, kunyah biskut pergi rehat, sambung sembang, lena sampai balik kadang-kadang. 💩 yang student berulang memang ramai yang tuang sekolah 😠 apakan daya budak asrama 😭

Waktu PMR nak tahu tak susun atur meja yang buat aku tersepit dan termasuklah benda memalukan, iaitu getah rambut gedabak jatuh atas lantai pun budak yang laki yang tegur 💣 aku rasa kalau pintal lagi sekali macam ketat so biarkan je lah. Time tu hari last boleh masuk dewan, cikgu suruh tampal apa jadual ntah kat meja sebab minggu depan tu start paper. Pastu try test situasi dia suruh keluar dewan time tu lah aku dengar macam manusia panggil "Anis ! Anis ! Anis Nabilah !" cewwah panggil aku pun macam bisik budak sebelah aku ni dahlah pekak bila tengah sibuk fokus 😅😙 at last org belakang tolak kerusi aku baru sedar dipanggil. Dia dok tunjuk suruh aku tengok bawah, aku macam apa benda nya pulak 😒 lepas nampak getah rambut stripes aku yang besar itu atas lantai terus ambik tak pandang belakang dah sampai keluar dewan 😂😂

tapi girl yang kat kanan ni sepatutnya satu meja ke belakang lagi lah 💢
See ! Yang tak ada tanda girl tu semua seat boys. Memang aku diPULAUkan oleh jejaka hingusan 😅

Alhamdulillah walaupun ambik exam dengan kurang tenang sebab tak dapat lena dalam exam dengan 100% tenang tapi result bagus

Credit : Metro
Pada tahun 2013, seramai 119 daripada 183 calon mendapat 9A dalam PMR, manakala 34 pelajar mendapat 8A sekali gus merupakan keputusan PMR kedua terbaik di Malaysia.

10 comments:

  1. yang pasal ex-crush tu, maksudnya ex-crush anis ni satu universiti dengan anis sekarang?? keciknya dunia hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh tak bukan gitu adlin, ex-crush tu ngn gf dia yg satu universiti, anis kat tmpt lain

      Delete
  2. pagi2 baca yasin memang power lah. Dulu baca asma'ul husna pun dah rasa berat sangat dah tu. Anyway, terbaik lah dapat result kedua terbaik power2 belaka student sekolah. Singgah sini & follow blog anis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah berkat bacaan yassin lah tu :D

      Delete
  3. hahaha
    teringat balik kisah sekolah memang senyum sendiri jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul tu ! kalau dok throwback ngan kawan kawan lagi lah sakan

      Delete
  4. Rindunya zaman sekolah dulu! Dulu masa form 5 duduk belakang sekali. Senang nak seludup masuk/keluar kelas hahaha 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis ni yang tak duduk blkg sekali pun selalu seludup gak :3

      Delete
  5. Rindunya zaman sekolah! Dah lama ditinggalkan bersama kenangan. Hihi. Cikgu Sejarah akak dulu suka tanya mengejut. Dia akan bagitahu topik apa yang nak diajar untuk next class dan kita semua wajib baca dan faham. Sebab nanti dia akan bercerita, dan bila dia lalu je kat meja dan suruh sambung cerita, makanya silalah sambung cerita sejarah tu. kalau tidak, berdiri atas kerusi sepanjang kelas 😬

    Disebabkan itu, dulu masa sekolah suka Sejarah. Takut dgn cikgu sama kot. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh seram tuu nasib baik cikgu anis tak macam tu :3

      Delete

What's your idea ? Share with me ;) But no harsh words please .

Powered by Blogger.