During Sekolah Menengah

Friday, February 09, 2018

Salam sejahtera to all of you ,

Tiba-tiba rasa nak mengimbau cerita zaman dekat sekolah menengah dulu πŸ˜…. Aku dulu mohon nak masuk sekolah SMKA yang dekat dengan rumah ni πŸ˜‰ dan lagi satu sebab adalah sekolah menengah ni sebelah sekolah rendah je, daripada zaman Darjah 1 memang akan lalu depan sekolah ni dan mak abah maktok juga tidak terkecuali mengharapkan aku dapat bersekolah kat situ suatu hari nanti memandangkan sekolah itu bagus πŸ™Œ yelah ada title 'AGAMA'. 

Naik form one, aku tak dapat masuk pun sekolah tu tapi dapat pergi SMK Bakti dan duduk kelas aliran agama. Nahhh reason why I hate that school is surrounding sekolah tu buat aku rasa nak 😭 tiap πŸŒ„(pagi) waktu sampai pagar. Aku rasa takut sebab tengok kelakuan student situ yang macam gangster πŸ’’ lah apa semua ada. Bersyukur jugak dalam kelas aliran agama namun tak dapat lari daripada mulut budak laki yang kuat mengejek orang πŸ‘Žmengejek ni la salah satu faktor yang bawa kepada depression πŸ‘€ kalau nak mengejek berdasarkan fizikal aku yang rendah nahh I'm totally okay about that, serious talk aku rasa ada faedah jugak aku rendah daripada si pengejek yang bambam itu πŸ’£tapi idok, dia mengejek pakai nama tokwan aku πŸ’© amboiii 

Tiga minggu ja aku bersekolah kat situ, ulang suara ! tiga minggu. alhamdulillah, lepas buat surat rayuan untuk masuk SMKA tu diluluskan πŸ’‹ Okay lah abah tak payah hantar aku sejauh 7km nak ke SMK Bakti tu, memandangkan sekolah baru ni naik kereta dua minit je πŸ‘ saya tak tipu anak-anak semua memang seminit paling lambat tiga minit, ikutlah kalau simpang lorong nak keluar rumah ada banyak kereta ke idok 

SMKA Al-Irshad. Sekolah menengah agama yang agak terkenal di zon utara dan di kalangan sekolah aliran agama yang lain. Well kami top 5 dalam kalangan sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia. πŸ‘ Okay done riak kejap πŸ’’ Hahaha sekolah aku yang famous, aku hanya ubi kentang yang cuba survive bersama ubi kentang serta 🍟 yang lain. Tak paham? Budak sekolah aku panggil budak-budak lawa bijak pandai kat sekolah tu fries, yang biasa-biasa dan yang selalu kena pulau (silalah guna bahasa yang betul, pulau bukan palau) ni ubi kentang je πŸ‰ kami ni tak sempat kena upgrade lagi πŸ˜‚πŸ˜‚

Waktu Form 1, aku budak berulang. Ya, sekolah aku merupakan sekolah menengah asrama harian. Like 40% duduk asrama *percentage tersebut hanya anggaran* . Jadi aku pun berkawan dengan mostly budak yang berulang jugak sebab agak susah nak rapat dengan budak asrama. Diorang dah kenal masing-masing lama dah and duduk sekali pulak tu. Susah bagi aku yang lambat masuk tiga minggu ni. Tapi, classmate aku semua ramah-ramah and baik kecuali seorang gegirl ni nakal macam budak laki πŸ˜… taktau la dia sekarang buat apa

Dulu deskmate aku dia lah yang nakal tu πŸ˜‚πŸ˜‚ tapi tak lama lepas tu, ada dua orang classmate pindah and meja lebih 6 buah tu dikeluarkan dan aku pun pindah ke meja baru πŸ’– mulalah sesi kenal mengenal dengan deskmate baru πŸ˜— dia budak asrama dan aku tension dengan dia yang asyik nak lena dalam kelas 😀 well, masa ni aku tak paham dia lagi sebab aku di rumah memang dapat tidur dan rehat yang amat amat mencukupi bukan macam dia yang semua kena buat sendiri tanpa bantuan orang dan mesin πŸ™‡

Dia special sebab sejak dia masuk asrama dia matured sangat pemikiran dia daripada aku. Dia cakap dia belajar yang kalau kita ni jenis hati tisu memang tak dapat bertahan lama dalam bersosial πŸ‘Œ jadi dia belajar untuk tak mudah terasa dengan orang sekeliling dan cuba untuk tabah dan hadam ja apa orang nak kata. Yeahh this is our life so why we should let others mess with it πŸ’€ banyak benda kami hadap waktu form 1. Thanks to her aku tak pernah tak gelak kalau duduk ngan hang oh i mean dia deskmate aku 😎

Oh benda memalukan adalah budak laki yang suka kacau and ejek aku kat sekolah kafa dulu rupanya sekolah situ jugak ! πŸ™ˆ aku tak tau la apa perasan aku kat dia time tu 😰 tapi annn entah macam mana boleh ada gosip tular antara budak batch aku yang dia suka kat aku πŸ™Š paling aku terkejut adalah waktu kakak laki tu, dia form 6 upper tiba-tiba tahan aku waktu balik daripada tandas. serius aku memang tak kenal lah dia siapa and lepas dua soalan macam tu dia tanya dia kata okay 😯 so aku masuk kelas. classmate cakap tu lah kakak ***** amboii protective kakak dia nak tau sapa la yang digosipkan dengan adik dia. Tak pe kak adik kak tu walaupun otak dia memang brilliant sebab everytime kerja dia lena dalam kelas tapi sentiasa number one dalam kelas, tapi saya tak berkenan 😸 and guess what ? sekarang dia dah ada gf, tua setahun daripada dia 😜

Zaman form one memang aku tak terasa tarbiyah nya sebab datang sekolah balik sekolah aku rasa sama ja macam tak ada ilmu agama yang baru aku dapat pun. Kalau nak kata usrah tiap-tiap Jumaat tu ? Benda yang dibincangkan sama ja macam dalam buku teks and benda yang disampaikan adalah yang biasa didengar daripada zaman sekolah rendah πŸ’¦ Cuma aku rasa sangat selamat dekat sini πŸͺ kat sini pemandangan dia sangat tenang sebab sekolah aku banyak pokok namun 2017 sudah tidak lagi 🐼 and student kat sini semua tertib *ada jugak hat loqlaq tapi tak sama macam student harian biasa tau* 

Bersyukur sangat duduk sini. Kakak-kakak naqibah semua baik dan diorang pandai conduct group usrah supaya tak hambar or tak ada pengisian. All of them bukanlah memang sedia muslimah macam gadis melayu terakhir, diorang pun ada kisah zaman jahil tapi katanya lepas naik upper form banyak gila perubahan depa, katanya baru sedar apa tujuan datangnya sekolah sebagus ini πŸ‘ banyak motivasi diorang bagi ❤ terima kasih, tambah-tambah kak naqibah saya Kak Najwa πŸ’™ She wish my birthday pukul 12 malam, nampak tak effort dia πŸ’Ÿ

Lupa nak gitau yang kami satu batch ada dalam 170+ , kelas ada enam semuanya. Ada satu kelas khas nama Az-Zahrawi, student kelas tu mostly budak pandai-pandai ahh yang laki kaki tidoq tu pun kategori kelas yang ni la πŸ˜‘ dari pemerhatian aku, mostly student situ datang daripada SK Bertam Indah ye lahh sekolah diorang ni selalu UPSR memang hebat la *tapi aku selalu dengar ramai student dia pi pusat tuisyen yang cikgu dia suka bagi soalan bocor acah macam bagi latihan*

Wuish banyak nya membebel πŸ’ hahahahah sebab aku rasa macam rindu dengan zaman ni dan banyak benda rasa macam penting untuk aku ingat sampai bila-bila tambahan pulak part yang perangai setan aku dan kawan-kawan serta one more side of us depan crush memasing. Wah itu memang kena cerita sebab lawak bila teringat balik dengan zaman bodoh dulu πŸ˜†

I guess I should continue with next post . Should I ? Sebab korang tak tahu lagi zaman menengah atas Anis ni macam mana

15 comments:

  1. Anis org Penang ke? I'm currently studying at UiTM Kampus Bertam hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes i am ! ohh my cousin pun study kat kampus tu gak :D

      Delete
  2. i do miss my high school moments too

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey why not you share those moments ? i would to read yours !! <3

      Delete
  3. Yay continue la lagi! Hehe.. Sya skrg ni sekolah harian je, setiap hari jalan kaki 2 Km balik sekolah..boleh kurus haha

    ReplyDelete
  4. Yay continue la lagi! Hehe sya skrg Ni sekolah harian je..Jalan kaki 2km everyday. Boleh kurus!

    ReplyDelete
  5. rindunya zaman sekolah T^T macam2 kenangan kannn.
    part ubi kentang ngan fries tu lawak XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha biasalah kami suka cipta terms baru :3

      Delete
  6. Wow! Sekolah dekat SMKA Al-Irshad. Memang famous sekolah tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah terharunya ada jugak yg kenal sekolah saya ini >.<

      Delete

What's your idea ? Share with me ;) But no harsh words please .

Powered by Blogger.